Airmata yang murah saat itu.
Mencecah rongga pipi yang telah sekian lama basah.
Mencari saat terhampir untuk sesi muhasabah
Buat diri sendiri
Lamanya, sukar dijumpa
Gelisah
----------------------
Tuhanku
Wahai Robbul 'alamin
Aku tiada kawan yang hampir
Demi melihat besar kecilnya diri
Aku mabuk digesa dalam kerja
Aku bernafsu nafsi tanpa gusar
Dan,
Aku sering terlupakanMu
Walau dalam diam ku terus memujiMu
Kaulah
Teman terbaikku
----------------------
Tuhanku
Wahai Tuhan yang selalu ada
Kurasa tiap hikmahnya hidup
Bila nikmatMu meneman sering
Walau aku ini zalim
Dan melupakan ilmu
Kau beri buku
Kau beri jalan
Kau biar aku dan pilihan
Kau masih setia
------------------------
Gegendang telingaku akrab di nasyid
Meliuk melambai..
Menampar sekeping hatiku yang walang
Aku tak bisa hidup begini
Kikirnya berbisa
Aku mahu pulang
Wahai Tuhan
Pimpin aku pulang
Kerna itu mahuku...
Aku hambaMu..
(-_-)
No comments:
Post a Comment